Pertandingan Blog Kampung Selangor 2011
Tarikh Tutup Penyertaan : 30 September 2011
Sila Hantar Penyertaan Sebelum/Pada : 30 September 2011
Maklumat lanjut sila berhubung terus dengan urusetia berikut:
Bahagian Teknologi Maklumat,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Tingkat 2, Bangunan SSAAS, Shah Alam
Telefon: 03-55447973 (Puan Zuraidah)
03-55447969 (Puan Roziena)
Pertandingan Mereka Bentuk Laman Blog JKKK Negeri Selangor dilaksanakan adalah dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Jawatankuasa Tetap Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor (STI).
Pertandingan ini diadakan dengan tujuan untuk mewujudkan persekitaran dan penggunaan teknologi ICT di kalangan JKKK di Negeri Selangor. Selain itu, dengan mengadakan pertandingan ini dapat melihat keberkesanan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi menerapkan budaya ICT di kalangan JKKK dengan pengagihan peralatan komputer dan latihan-latihan ICT yang telah diberi secara percuma sebelum ini.
Pertandingan ini juga secara tidak langsung akan menghasilkan satu laman blog khas untuk setiap kampung dengan pengisian-pengisian maklumat yang berinformasi, kemas dan menarik. Di samping itu, ianya meningkatkan kualiti penyebaran maklumat secara atas talian kepada orang ramai dan masyarakat luar khususnya tentang keistimewaan kampung-kampung yang terdapat di Negeri Selangor Darul Ehsan.
SKOP PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini diadakan secara terbuka sama ada individu atau berkumpulan untuk setiap wakil di JKKK Negeri Selangor ( 1 JKKK 1 penyertaan)
2. Jangka masa pertandingan ini adalah dari 11 Julai – 30 September 2011.
3. Tema pertandingan adalah
a. “Selangor Kemegahanku, Kampungku Kebanggaanku”
4. Peserta dibenarkan untuk menghantar satu pautan ke Laman Blog yang mewakili satu JKKK.
5. Hadiah Pertandingan yang ditawarkan adalah :
a. Tempat Pertama : RM 5,000.00 dan sijil penyertaan
b. Tempat Kedua : RM 3,000.00 dan sijil penyertaan
c. Tempat Ketiga : RM 2,000.00 dan sijil penyertaan
d. Hadiah Sagu hati: 10 x RM200 dan sijil penyertaan bagi penyertaan yang menepati kriteria yang ditetapkan.
6. Penyertaan yang menepati kriteria yang ditetapkan berkemungkinan akan dipanggil untuk membuat persembahan laman blog mereka kepada Jawatankuasa Penilai yang dilantik bagi mengadili pertandingan.
1. KANDUNGAN
a. Pengenalan
i. Nama Kampung
ii. Slogan/moto
iii. Logo (sekiranya ada)
b. Maklumat yang lengkap dan tepat.
i. Latar belakang dan sejarah
ii. Organisasi kampung
iii. Peta lokasi
iv. Jumlah Penduduk (pecahan penduduk)
v. Tempat-tempat menarik / keistimewaan kampung
vi. Aktiviti-aktiviti utama penduduk.
vii. Promosi produk-produk MES di Selangor
2. REKA BENTUK DAN GAYA PERSEMBAHAN
a. Mudah difahami, dilayari dan fleksibel (user-friendly)
b. Kreatif (susun atur, grafik dan audio)
c. Berinformasi dan menarik
3. CIRI-CIRI TEKNIKAL
a. Ciri-ciri dinamik dan interaktif yang disediakan untuk pelawat
b. Keaslian reka bentuk laman blog
4. CIRI-CIRI TAMBAHAN
a. Perkhidmatan tambahan yang berfaedah untuk pelawat
b. FAQs
c. Buku Pelawat
d. Hit Counter
e. Bulletin Board
f. Dwi Bahasa